TERKINI

Friday, February 19, 2010

Hisbah PMRAM : Amar Makruf Nahi Munkar Diteruskan


Kaherah, 14 Februari - Salah satu resolusi yang telah dipersetujui ketika Konvensyen PMRAM 2009 semakin menjadi realiti apabila pihak Unit Hisbah PMRAM bersama-sama dengan jawatankuasa Unit Hisbah serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz terlibat dalam Operasi Valentine Day (Ops Valentine) malam tadi yang dianjurkan oleh Unit Hisbah PMRAM.


Operasi pada malam tadi membuktikan pihak PMRAM sangat serius dan komited dalam mengekang gejala sosial yang kian membarah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan. Ini jelas menunjukkan bahawa resolusi yang diadakan oleh PMRAM bukanlah retorik semata-mata dan ia sentiasa akan menjadi hadaf utama dalam mencapai tahap membina generasi ulamak pada masa akan datang.

Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz mengulas tentang Ops Valentine malam tadi bahawa gerak kerja hisbah bukanlah hanya tertumpu pada AJK Hisbah semata-mata malah ia memerlukan kerjasama di setiap cawangan PMRAM serta pihak Perubatan dalam memangkas gejala sosial yang semakin merebak ini. Justeru, ia memerlukan jentera penggerak hisbah setiap dari kalangan ahli sendiri dan perlu menyemai sensitiviti yang tinggi dalam membantera masalah akhlak tersebut.

Dalam Ops Valentine malam tadi, terdapat sebilangan pasangan yang dilihat di beberapa tempat serta tindakan telah diambil oleh pihak PMRAM dengan memberikan nasihat dan amaran serta mengedarkan risalah kepada mereka yang terbabit.

0 comments: